Assalamualaikum !!!
Entry kali ni aku nak kongsi pengalaman panjat pokok ataupun tree climbing.
Pertamanya, tree climbing digunakan oleh orang-orang yang professional dalam bidang perhutanan, ahli-ahli rekreasi atau badan NGO seperti Persatuan Pencinta Alam. Aspek keselamatan semasa tree climbing ni amat penting. Sentiasa periksa sebelum buat aktiviti rekreasi seperti ini. Tak kisahlah tree climbing, wall climbing mahupun rock climbing aspek keselamatan perlu diambil kira. Terutama tali, crap, tandom, foot paddle dan alatan-alatan yang berkaitan. Anchor pun kena betul supaya keadaan kita selamat. Ingat nyawa tu sekali je Allah bagi.
 |
Antara alatan yang digunakan untuk tree climbing |
Untuk aktiviti high rope, pastikan alatan diletak atas alas supaya barang tidak rosak atau calar. Amat berisiko tinggi sekiranya alatan memanjat itu rosak kerana ia tidak boleh digunakan lagi. Alatan ini harus dijaga dengan baik kerana harga setiap barangan ini sangat mahal dan ianya dijual berasingan. Bagi memastikan alatan itu sesuai digunakan, pastikan peralatan mempunyai cop CE (Certificate of Europe). Lebih mudah kalau di Malaysia seperti piawaian SIRIM. Alatan yang mempunyai cop CE selamat untuk digunakan dalam aktiviti climbing.
 |
Sir Azhar tunjuk cara yang betul untuk panjat pokok |
 |
Okay, nak panjat juga |
Comments
Post a Comment