Anak Temuan Laskar Pelangi
Bahagiakah kita? Tenangkah kita? Bersyukurkah kita? Ikhlaskah kita dalam membuat sesuatu perkara? Ingat balik semua pertanyaan aku tu dalam hidup kita. Kenapa kena recap balik semua tu dalam hidup kita? Sebab mereka...
Siapa mereka? Mereka adalah anak-anak Orang Asli daripada suku Temuan di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Apa kaitan mereka dengan anda semua? Tiada. Mereka bukan sesiapa bagi anda tapi mereka adalah sumber inspirasi bagi aku.
Pertamanya bila aku masuk ke Kampung Pertak mereka sambut kedatangan kami dengan baik. Semua gembira menyambut kehadiran kami. Melihat cara hidup mereka, mereka ini hidup dengan aman dan gembira bagai tiada masalah yang nak difikirkan. Memamglah, nama pun kanak-kanak sudah pasti tiada masa mahu fikir tentang masalah. Ya. Mereka cuma kanak-kanak. Kita masa zaman kanak-kanak pun tak pernah fikir masalah. Tapi kita tak sedar mereka ini "penghuni rimba". Saat kami semua mengajak Sir Hairul Azhar selaku fasi untuk program aku untuk pergi mandi sungai tiba-tiba seorang anak Temuan bernama Paolus tunjuk ke arah hulu, katanya sana hujan saya tak mahu mandi sungai.
Fahrin, seorang kanak-kanak yang menjadi ketua untuk iringi kami semua untuk mendaki. Sikap pimipinannya membuat aku kagum. Sentiasa memastikan orang dibawah jagaannya selamat sampai ke tempat yang ingin dituju. Kita mungkin tak tahu ilmu alam tetapi bagi mereka ilmu alam perlu dikuasai. Terlintas dibenak fikiran aku jika kita tidak mengenal alam bagaimana mahu memuji kebesaran Allah dengan setiap ciptaannya? Setiap yang diciptakan ada hikmahnya.
Fahrin, seorang kanak-kanak yang menjadi ketua untuk iringi kami semua untuk mendaki. Sikap pimipinannya membuat aku kagum. Sentiasa memastikan orang dibawah jagaannya selamat sampai ke tempat yang ingin dituju. Kita mungkin tak tahu ilmu alam tetapi bagi mereka ilmu alam perlu dikuasai. Terlintas dibenak fikiran aku jika kita tidak mengenal alam bagaimana mahu memuji kebesaran Allah dengan setiap ciptaannya? Setiap yang diciptakan ada hikmahnya.
Kehidupan mereka tidak memerlukan belas ikhsan. Mereka cuma memerlukan perhatian supaya mereka dapat menunjukkan bakat mereka kepada masyarakat luar. Kenapa perhatian? Lebih ramai yang menyantuni cara hidup mereka lebih seronok mereka menunjukkan bakat "tombiruo" mereka. Ada yang kata Orang Asli ni agresif, kolot. Tapi tahu tak kita mereka ini memendam rasa. Sifat mereka yang sukakan kedamaian menyebabkan mereka tak suka berbalah. Sebab itu mereka menjadi agresif sebab tak dapat tunjuk bakat mereka. Mereka berubah sifat jika diluar. Contoh, dalam kelompok mereka, merekalah "tombiruo" tetapi jika berada di kelompok seperti kita mereka lebih suka memerhati.
Salah seorang penghuni rimba yang menjadi guider semasa hiking |
Apa yang membuatkan aku lebih terinspirasi dengan anak-anak Pertak ini ialah kesedaran pendidikan. Tahniah kepada ibu bapa mereka yang sedar akan kepentingan masa depan anak-anak. Mereka ini bukan sahaja menguasai ilmu alam malah kesedaran betapa pentingnya pendidikan membuat aku kagum. Syawal salah seorang anak pertak bagi aku dia sangat bijak menguasai ilmu sains, geografi, matematik. Bila ditanya mana satu yang lebih baik air mineral semula jadi atau air terawat, koordinat kawasan, microorganisma. Semua soalan itu Syawal telah mempunyai jawapan. Kagum sangat.
Terima Kasih cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak Orang Asli di Kg Pertak ini. Sesungguhnya mereka warisan untuk masa hadapan. Mereka ini bila ditanya mahu jadi apa besar nanti? Mereka diam, malu mungkin ingin katakan cita-cita mereka. Entah lah. Walau apapun kalian mahu jadi, biarlah kalian menjadi tombiruo yang berilmu. Wahai anak-anak Pertak teruskan menjadi Laskar Pelangi yang dahagakan ilmu walau pelbagai rintangan yang akan datang kepadamu. #Temuandihatiku
Untuk masuk ke dunia mereka, berpakaianlah seperti mereka - Prebet Jambang
rindunya....
ReplyDeleteBetul tu.
Delete