Gunung Ledang, Johor
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari ni aku nak cerita pengalaman mendaki gunung ledang yang tingginya 1276 meter. Sangat tinggi.
Hari ni aku nak cerita pengalaman mendaki gunung ledang yang tingginya 1276 meter. Sangat tinggi.
Gunung Ledang terletak di daerah Tangkak, negeri Johor. Sebelum nak masuk area jalan nak ke Gunung Ledang, terdapat 2 cabang jalan.. Ia dipanggil pintu A dan pintu B.. Pintu A tu jalan nak ke Gunung Ledang pintu B tu kawasan air terjun. kita boleh mandi-mandi dekat situ.. Rugi rasanya kalau pergi Tangkak tapi tak pergi air terjun dekat situ. Hnaya RM1 dikenakan untuk masuk ke air terjun itu.
Pintu A pula kawasan Gunung Ledang. Di kawasan Gunung Ledang itu dibawahnya terdapat
"jungle hut" iaitu kawasan untuk menginap. Sebelum mendaki, penjaga disitu akan beri kita 1 borang untuk diisi.
Gunung ledang ni ada 8 check point. Setiap CP ada halangan yang tersendiri. Sebelum CP 1 ada tangga 700 perlu didaki. Kalau anda kehabisan air korang boleh isi air dekat CP 5. Disitu ada sungai yang mana anda oleh minum air dari gunung.. selepas CP 5 kita kena lalu CP yang sangat mencabar yang dikenali juga sebagai KFC (Killing Fitness Centre).
Di cabaran KFC anda akan jumpa batu hampar yang mana nak naik ke atas perlu menggunakan batu yang curam dan kita perlu daki mengguna tali.
![]() |
Air terjun, gunung ledang, tangkak (Pintu B) |
Atas puncak gunung ledang..
![]() |
Cabaran KFC |
![]() |
Atas puncak |
Comments
Post a Comment