MEdSI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. ☺
Malam ni aku nak kongsi sikit pengalaman temuduga kos pendidikan yang dipanggil ujian MEdSI iaitu ujian kelayakan calon guru.
Aku bertolak awal dalam pukul 9.30 pagi walaupun ujian MEdSI mula pukul 12.20 - 1.10 petang.
Ujian yang sepatutnya mula pukul 12.20 tengahari di awalkan. Syukur datang awal. Pukul 11.30 dah masuk ruang menjawab ujian. Ujian dibuat pada bulan puasa mungkin sebab itu diawalkan. Masuk bilik tu boleh terus jawab. Ujian MEdSI menggunakan komputer. Hanya tekan sahaja jawapan yang diberikan. Sekiranya kita lulus ujian MEdSI baru kita akan dipanggil untuk temuduga.
P/S : 19/6/2017 Aku ada temuduga di UPM kos Pendidikan Bahasa Melayu..
"Rabbi Yasir Wala Tuassir"
Comments
Post a Comment