Pengalaman Pertama Kali Naik Ambulan

Hai semua. Lama sangat dah tak blogging. Bukan setakat tak ada masa tapi keadaan kesihatan pun tak mengizinkan. Awal bulan 8 hari tu aku ada post aku selesai ambil 2 dos vaksin kan. Dah seronok la dah dapat vaksin, "dah kebal" mesti boleh rentas daerah kan. Dan ditakdirkan selepas seminggu ambil vaksin dos kedua, rezeki aku dapat kerja sebagai editor. Memang kena la dengan jurusan belajar. Memang ini yang diharapkan selama ni.


Dan 9/8/2021 hari pertama kerja sebagai editor semuanya berjalan lancar. Suasana kerja tenang, seronok, pejabat luas. Semuanya okay. Sampai la hari ketiga kerja, aku baru letak beg tiba-tiba dapat panggilan dari rumah suruh balik. Ahli keluarga kami disahkan positif Covid-19. Jadi aku pun bergegas balik ke rumah. 


Hari kelima kuarantin di rumah aku hilang bau. Sah. Memang positif ni. Terus aku telefon klinik berdekatan untuk buat ujian saringan. Dapat keputusan terus aku telefon semua untuk buat ujian saringan juga. Maka 1 rumah positif Covid-19. Kegembiraan aku tak lama rupanya selepas di vaksin. Aku lupa. Biasa la manusia kan diciptakan dengan sifat lupa. Vaksin aku belum cukup tempoh 14 hari jadi tak mustahil aku sekeluarga boleh terkena jangkitan. 

Hari ke 11 sudah tiba. Masa untuk potong "gelang emas". Teruja, seronok semua ada. Perasaan bercampur baur. Sampai buat jantung aku berdengup kencang kerana terlalu teruja dan gementar sehingga bacaan nadi naik mencapai 120 bpm. Sekali lagi aku hampa niat nak potong gelang menjadi sedih dan takut. Jantung kembali laju. Aku diarahkan untuk ke Hospital Sg Buloh dengan sehelai sepinggang. Pengalaman pertama kali naik ambulan dengan bunyi siren tak henti-henti. Bila makcik-makcik seambulan dengan aku tanya kenapa masuk hospital dengan sebak aku cakap "bacaan nadi laju".


Aku ditempatkan di wad orang-orang covid. Walaupun aku dah habis kuarantin aku masih di bawah pemerhatian covid. 5 hari di hospital sambil badan dimasukkan air, dada aku diletakkan pelbagai wayar, disebelahnya ada mesin bacaan jantung. Ingatkan keterujaan aku sehinggan bacaan jantung laju adalah normal, rupanya tak. 5 hari bacaan nadi tinggi mencecah 100+ bpm. Bacaan nadi normal adalah sekitar 60-100 bpm. Akhirnya tibalah hari ke-6 jantung aku dah mula normal dan doktor pun benarkan aku pulang ke rumah. 

 



Comments

Popular Posts