Review Jump Street Asia, KL
Sejak kerajaan benarkan rentas negeri ni sekali gus membuka sektor-sektor pelancongan, permainan dan rekreasi banyak tempat yang kita boleh pergi. Mesti dah tepu otak kan duduk rumah lama sangat jadi apa kata bawa anak-anak pergi Jump Street Asia, Petaling Jaya. Bukan je boleh buat anak-anak ni seronok yang dewasa pun boleh juga exercise sekali.
Masa ni tengah berkira-kira nak main ATV atau Escape Paradigm Mall tapi semua tutup, jadi tiba-tiba je sampai sini. 😅 Masa ni aku beli tiket masih dalam promosi pembukaan semula buy 1 free 1. Jadi dapat murah la sikit tiket tu. Untuk main trampoline terbesar di KL ni aku cadangkan untuk beli tiket online sebab dia akan suruh kita pilih masa bermain. Waktu operasi pun hanya dari hari Jumaat hingga Ahad je. Jadi pilihlah masa dan tarikh yang sesuai. Masa bermain adalah selama 2 jam.
10 am -12 pm
12.10 pm - 2.10 pm
2.20 pm - 4.20 pm
4.30 pm - 6.30 pm
Walaupun main trampoline ni suka-suka je tapi penat juga. Konon nak buat flip tapi tak reti 😂😂 Jadi aku pun lompat-lompat je la. Jump Street Asia ni ada 10-11 station yang kita boleh main. Boleh kata besar juga tempat ni macam-macam permainan ada. Untuk yang pertama kali datang jangan risau sebab ada jurulatih yang akan bagitau kita untuk praktis di main court. Kalau dah selesai di main court kita boleh pindah sama ada nak main soccer street, dodgeball, slam dunk dan lain-lain.
Kalau dah penat melompat, ada juga kafe untuk beli makanan. Sangat friendly la tempat ni. Boleh bawa anak-anak pergi main di sini, Harga pun berpatutan.
Comments
Post a Comment