Dunia KOL/Influencer best ke?

Best ke jadi KOL? Macam mana rasanya bila jadi influencer? Client bagi job, duit masuk akaun. Nampak senang je kan. Tapi pernah tak korang dapat job yang suspicious? Ni aku nak share pengalaman dapat job dari scammer.

Buat korang yang tak tau, aku memang ada buat kerja-kerja KOL. Bukan level influencer lagi. Tak layak dan tak femes pun nak jadi influencer๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Setakat join jadi KOL jurrr. Tugas KOL biasanya create media in longer formats that offer insight and analysis instead of entertainment. So kita akan dapat job-job dari client la. 

First of all, aku tak ada daftar any company pun, so bebas client mana yang nak. Pada awalnya aku dapat review pasal Courier Delivery, tapi bila dia bagi details, nohhh rokiah. Lain pula kerja aku.๐Ÿ˜‘ 

Fail asal

One day, ada sorang client chinese bagitau dia dari company Ashland. Bila search memang ada. Tugas diorang sebagai developer untuk web traffic. Pertama dia akan bagi tugasan simple je. Review kedai makan atau tempat-tempat menarik dalam google maps. Setiap tugasan ada 3 bahagaian yang kena selesaikan. 

review untuk google maps


Dia akan bagi Task 1-2-3. Lepas je review task 1 screenshot, hantar pada client. Settle review task 2 screenshot, hantar juga pada client. Begitu juga dengan task 3 sama je. Siap ketiga-tiga task. Dapat payment. Nampak senang je kan. Seronok je buat duit, simple. Dia bayar guna tng e-wallet. 

Next, sama juga dapat Task 4-5-6. Benda senang je kan, buat review dapat duit. Lama-lama jadi pelik tau. Client ni bagi location dapat bad review dari pengguna sebelum ni pun dia bantai je minta kita bagi review. Kedai ah seng mana dia cedok dapat 1 star pun, dia suruh naikkan trafik. Okay la layan lagi. Sampai task 6 bermula la permainan dia. 

dia suruh buat task 6. Tapi tak sempat nak screenshot perbualan tu, chat dh hilang sbb kena kick


Task 6 paling mencabar. Sebab dia start minta kita duit. Untuk kita naikkan trafik cryptocurrency. Kena keluar modal minimum RM200. Kalau kita skip task tu, keseluruhan Task 4 dan 5 tak akan dibayar. Selagi kita tak bayar pada crypto selagi tu kita tak dapat payment. By the way, sekarang diorng dah tukar nama. Tak guna nama Ashland lagi. Diorng tukar kepada City Group. Tapi percaya la modus operandi diorang tetap sama.

logo baru diorang


So cau dulu. Bla la apa lagi. Bila ada yang menyuarakan pandangan tentang scammer ni segala screenshot dan mesej kena remove terus. Kena kick, block apa semua. 

Awal-awal tu mmg tak syak apa-apa pun. Lama-lama dia dah start bagi kedai ah seng kedai kampung tu dh start pelik. Kedai kampung nak naikkan traffic dah kenapa. Bukan buat any big project pun.

Rasanya diorng masih aktif lagi ni memperdayakan orang. Hati-hati bila ada job yang suspicious atau fail-fail yang meragukan. Tak salah kita nak join mana-mana client untuk review, tapi pilihlah client yang betul jangan sampai jatuh terduduk. 




Comments

Popular Posts