Watermark Untuk Dokumen Rasmi
Hai semua!! Dah siap email untuk permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ke? Tiba-tiba teringat nak buat post tentang buat watermark. Sapa buat watermark guna Microsoft word? Tak payah, leceh la. Bagi aku la😅Ye la semua dokumen kita dalam bentuk pdf, jadi leceh nak tukar-tukar pdf - word, word - image. Hari ni aku nak tunjuk step paling mudah nak buat watermark. Bukan apa, kadang-kadang ada dokumen yang melibatkan kad pengenalan jadi tak mahu la ada pihak ketiga yang guna sesuka hati. Untuk selamat buat la watermark.
Langkah pertama: Buka https://www.ilovepdf.com/ kemudian turun ke bawah sampai jumpa folder watermark dan muat naik dokumen yang berbentuk pdf. Kalau belum pdf kan lagi dokumen, boleh tukar siap-siap dulu pdf to word.
Langkah kedua: Masukkan teks. Teks yang aku letak ialah "UNTUK KEGUNAAN SPP SAHAJA". Untuk saiz teks, aku guna saiz 25 dengan posisi ditengah-tengah. Kemudian pusing teks sehingga 45 degrees. Untuk transparency tu terpulang pada korang sama ada nak terang ke tak. Aku cuma letak 25% je.
Langkah ketiga: Add la watermark, apa lagi. Dah siap la. 😂
![]() |
Siap download boleh terus simpan. |
Mudahkan. Cuma 2 langkah je watermark dah siap. Tak perlu adjust dalam word lagi. Selamat mencuba.✌
Comments
Post a Comment