Pengalaman Kelas Online, PKP dan Vaksin

Semuanya gara-gara pandemik covid-19 atau dikenali juga sebagai virus korona. Selama setahun terjadinya pandemik ni dah bermacam-macam rakyat Malaysia lalui. Ada yang terkesan dari segi ekonomi, pelajaran, emosi sebab tak dapat rentas negeri jumpa ahli keluarga yang lain dan lain-lain lagi. 

Covid-19 mula menyerang Malaysia pada Januari 2020 yang masa pada masa itu ada pelancong daripada China datang ke Malaysia. Pada awalnya semua terkawal sehinggalah kemuncaknya pada bulan Mac 2020. Masa tu aku masih belajar di UPM. Siapa sangka tahun terakhir yang sepatutnya cipta banyak memori dengan kawan-kawan BKM akhirnya membawa kepada hari perpisahan buat semua. 

Mac 2020 membawa kepada kehidupan baru. Akses internet sekarang menjadi satu kawajiban tak kira kaya atau miskin. Nak masuk kelas kena ada sekurang-kurangnya telefon dan internet. Susah. Memang susah. Tak biasa pun. Guru, budak tadika, sekolah rendah dan menengah, universiti, kerja semua kena guna internet. Semua duduk dalam rumah menghadap gajet.

Kelas online

Pembentangan VIVA pun kena online. Nak nangis hadap FYP
tanpa perpustakaan😭😭

Beberapa hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) Mac 2020 sempat
beratur makan nasi kandar kat Kajang.. 😂😂

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Dapat juga vaksin sebagai perlindungan diri. Ya, aku bukan anti-vaksin, dan aku percaya vaksin sebagai alat untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi badan. Lagi-lagi sekarang kes harian dah mencapai 13,000. Rekod harian tertinggi yang pernah dicatatkan sepanjang setahun pandemik di Malaysia. Berdoalah semoga kita, ahli keluarga dan rakan-rakan dijauhi dari sebarang penyakit. Syukurlah perjalanan aku dapatkan vaksin berjalan lancar. Lebih kurang sejam semua selesai. Layanan petugas-petugas PPV juga ramah dan mesra dalam memberikan panduan mengambil vaksin. 




#KitaJagaKita
#JagaSOP
#PakaiMask
#SifarCovid










Comments

Popular Posts