Terbang atas pokok
Sapa dah baca post tree climbing? Kalau hari tu aku tunjuk aku panjat pokok, tapi hari ni aku terbang pula atas pokok. ๐ Aida ni memang suka panjat-panjat ke? Hahahahaha Aida memang suka dengan pokok sebab tenang je pandang hijau je. Kali ni aku panjat pokok dekat Sungai Congkak.
Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Lebih kurang 34 km (40 minit) dari Kuala Lumpur. Apa yang best di Sungai Congkak ni bukan sahaja boleh berkelah, tetapi ada permainan extreme juga. Apa dia? Sudah pastilah Skytrex Adventure. Pada awalnya, Skytrex ni bertempat di Taman Botani, Shah Alam. Tetapi disebabkan ribut, Skytrex Shah Alam terpaksa ditutup, kemudian mereka berpindah ke pusat rekreasi Sungai Congkak. Tempat yang lebih strategik dan sesuai unttuk menarik perhatian pengunjung. Buat masa sekarang, Skytrex cuma ada 3 tempat sahaja di Malaysia ni iaitu Melaka, Langkawi dan Selangor.
Aku pergi Skytrex ni sebelum tamat latihan industri bulan April lalu, jadi dapatlah luangkan masa di bumi Serdang sebelum balik rumah. Beberapa hari sebelum pergi ke Skytrex ni, aku telahpun beli tiket secara atas talian (online) di laman web Skytrex. Ternyata lebih murah jika beli tiket di laman web berbanding beli tiket secara walk-in. Kalau beli tiket melalui website Skytrex ada diskaun harga sebanyak RM15. Kalau kita dah selesaikan semua check point, kita boleh naik lagi dengan bayaran separuh harga.
![]() |
Sebab salah beli tiket jadinya terpaksa la panjat pokok yang tinggi ni sebelum terbang. Nasib ada abang Skytrex tolong tarikkan tali๐๐ |
Asasnya tetap sama, keselamatan paling penting. Cuma kali ni kita tak guna foot paddle. Ye la kita bukan nak panjat pokok macam haritu. Anda semua boleh tengok peralatan yang digunakan dalam post aku yang lepas di sini. Harga setiap permainan ada berbeza mengikut tahap. Jadi aku pilih Rapid Extreme. Permainan di Rapid Extreme ni perlu panjat pokok yang sangat tinggi dan jarak flyingfox ke check point seterusnya sangat panjang berbanding tahap lain yang mana pokoknya lebih rendah dan jarak flyingfox nya yang dekat.
![]() |
Yeayy!! Terbang |
![]() | ||
Tak tahu apa namanya ni. Panggil jambatan gantung je. Tinggi dan panjang. Gayat๐ญ๐ญ
|
mantapp
ReplyDeleteBerapa bayaran rapid extreme tu?
ReplyDeleteUtk rapid extreme ni RM80/per. Tapi ada diskaun RM15
Delete